Silent Trader
Sepanjang team kami bekerja dengan firma brokerage, tak dilepaskan peluang untuk melihat dalam database syarikat bagi mengesan trader-trader yang membuat keuntungan secara konsisten. Kemudian kami akan menyusun strategi bagi bersua-muka dan menyantuni mereka ini. Biasanya kami akan hubungi mereka dan mengatakan ingin menyampaikan sedikit cenderamata sebagai penghargaan kepada pelanggan syarikat (biasanya modal ni menjadi ......hahaha).
Apabila dapat peluang bersua-muka, biasanya akan menyusul sessi mengeteh kali kedua dan seterusnya. Ini kerana kami pun orang lama dalam industri, banyak pengalaman dan kenalan. Bila sama-sama geng trader ni bersembang, biasanya cepat mesra. Pasal tu kami namakan blog ni SEMBANG TRADER.
Gold Mafia merupakan antara silent trader yang pada pandangan kami berada pada liga tersendiri. Beliau bukan sahaja banyak membuat coding robot @ expert advisor sendiri, malah mencipta beberapa custom indicator yang buat kami kagum. Malah beliau mempunyai banyak strategi dalam membuat keuntungan di dalam trading seharian.
Teknik vs Strategi
Kebanyakan trader fokus mencari teknik terbaik supaya trading mereka sentiasa profit. Maka bermulalah episod mereka berguru dengan beberapa sifu, lepas satu teknik cuba plak satu teknik lain, tetapi trading kejap OK, lepastu kelaut memanjang (jangan risau, ramai je geng cenggini).
Persamaan antara majoriti silent trader hebat yang kami jumpa adalah mereka punya strategi licik. Yang kelakarnya ada sorang trader ni cuma guna teknik engulfing sahaja, tapi mampu withdraw beberapa kali seminggu kerana strategi yang beliau gunakan.
Probability Game
Tak kira lah korang trade saham ke, komoditi ke, forex atau crypto, konsep utama ni kena faham. Trade ni merupakan satu kebarangkalian, dimana ianya boleh dikira. Sedangkan dalam perjudian pun sistem kebarangkalian terbukti boleh menjamin kemenangan, inikan pula dalam trading yang punya pelbagai analisa dan tool bantuan trading.
Kunci utama adalah Risk To Reward Ratio. Pastikan sentiasa kebarangkalian untung melebihi kebarangkalian rugi beberapa kali ganda, sebaiknya melebihi nisbah 1 : 3 dimana sekali untung boleh menampung 3 kali kerugian.
MC Is Your Friend
Korang biasa dengarkan falsafah "Trend Is Your Friend". Gold Mafia kata dah berkawan lama ngan trend tapi trade masih ke laut gak. Akhirnya dia buat keputusan kawan ngan MC plak, baru nampak cahaya (mula-mula kitorang ingat benda ni melawak je).
Kemudian beliau mula cerita strategi trading yang digunakan, siap tunjuk profit yang dijana ngan strategi ni, perghhhh padu beb.... Baru kitorang faham apa yang beliau maksudkan dengan "MC Is Your Friend". Nak cerita kat dalam ni panjang sangat plak nanti, korang mai lah sesi sembang trader bila kami anjurkan nanti.
Trending vs Sideway
Market lebih banyak membuat sideway berbanding trending. Dalam contoh di atas market buat trending sell selama 2 hari, kemudian market sideway lebih dari 8 hari. Gold Mafia membuat strategi hentak kaw-kaw masa sideway ni, masa trending nanti nak MC lantak dia lah, yang penting dah collect profit beberapa ratus percent (konsep Risk To Reward Ratio). Nak collect profit banyak masa sideway ni kena lah guna robot yang trade 24 jam sehari, mana maunya trade secara manual.
Kenapa Gold ???
Kenapa memilih Gold, bukan index macam US30, US100, atau kripto ke? Trading ni kena pilih instrumen yang mempunyai kecairan (liquidity) tinggi supaya sentiasa ada buyer dan seller di dalam pasaran setiap masa. Gold mempunyai saiz market capital sebanyak hampir USD 18 Trillion.
Comments
Post a Comment